Rabu, 16 Februari 2011

Kisahku....

    Angin pantai yang ku rasakan seperti aku di alam fantasi.  Alam yang berbeza dari lain, yang jauh, yang tak diketahui oleh orang lain.  Tapi itukan cuma anganan....

   Hmm.... Memang sedap angin ni, kalau lah boleh makan angin ni lagi sedap! Lepas tu perut kembung sebab angin dah banyak masuk.  Kan? Haha!

   Aku rindu lah dengan dia.  Tapi dia rindu ke tak kat aku ni?  Aku ni kan dia anggap macam adiknya. 
Esh! Kalau boleh aku tak nak ada rasa yang seperti ini.  Mesti yang lain tahu kan sakitnya macam mana, kan? 
Ye ke? Tau ke? Korang tau tak?



***

I know you think that I shouldn't still love you
I'll tell you that
But if I didn't say it
Well, I'd still have felt it
Where's the sense in that?

I promise I'm not trying to make your life harder
Or return to where we were .....

Lagu Dido bermain di playlistnya menuju ke earpiece kedengaran masuk ke dalam gegendang telinga Nana.
Lagu favourite, sangguplah dengar sampai beribu kali.  Tak pernah nak bosan.  Dan dia mesti teringatkan seseorang bila mendengar suara Dido menyanyi lagu White Flag.  

"Na, kau tau tak dia dah balik kampung?"  Suara Ezah kedengaran ditelinganya.
Laju jarinya menekan butang pause dan melepaskan earpiece dari telinga.
"Siapa yang yang dah balik kampung ni Zah?"  Terus laju degupan jantungnya mendengar soalan dari Ezah.  "Relaks lah, tak payah nak gelabah, macam jumpa hantu je lah kau ni, aku pun diqdup tau! Esh kau ni kan."

"Tu ah anak Pak Haji dah balik. Kau tak pecaya cakap aku na, aku dah kata dia mesti balik punya."
Ezah mula bising dengan tangan yang bercekak dipinggang, Namun Nana hanya duduk terdiam di tepi titian sungai kampungnya.   "Aku tak pecaya lah zah."

"Kau memang ! Selalu tak pecaya apa yang aku cakap, nanti bila kau dah nampak depan mata kau baru kau pecaya, kan? Esh, kau ni susah lah nak pecaya kata orang." Rungut Ezah.
"Jomlah balik, kau kata kau rindu dia kan? Jom lah!" 
"Ezah, aku... aku takutlah.  Kau pergilah dulu balik, nanti aku baliklah sendiri ye."
"Esh jom lah...  Tadi dia ada tanya kau kat mana, aku kata kau kat sini. Nanti dia datang kat sini dan tengok kau macam ni kan teruk. Kau nak ke dia tengok kau cam ni?"
"Aku tak kisah lah Ezah, Aku tak rasa apa-apa pun yang memalukan aku pun. Macam biasa dah."
"Kau ni kan suka lah buat aku geram kat kau."

"Nana!" Suara Shah kedengaran dari hujung titian menuju ke arah mereka.  Serentak Nana dan Ezah menoleh, Shah datang dengan senyuman manisnya.


"Ezah, cemani? Malulah aku." Rungutnya bila dah ternampak Shah menuju ke arah mereka.
"Tu lah kau degil sangat!" bisik Ezah ditelinganya.
"Ezah,Please,jangan tinggalkan aku sorang-sorang." Bisik Nana.

"Hai shah, Assalamualaikum. Bila sampai?"  Ezah bersuara bila Shah dah sampai di tempat mereka duduk.
"Baru je, bukan tadi awak nampak saya ke tadi kat rumah?" Jawab Shah kehairanan.
"Oh, ye ye! Lupa kot hehe.. Okay lah aku ciao lu, korang ceritalah ye." Ezah jugak ketakutan nak bersapa dengannya, sebab dah lama tak nampak.

"Ezah tunggu aku, aku ikut!" teriak Nana. 
"Na, sabarlah" Suara Shah buat Nana tersentak.  "Nana tak nak jumpa abang ke? Atau Nana tak nak tengok muka abang lagi?" Soal Shah.
"Tak,tak bukan macam tu. Nana, Nana bukan tak nak jumpa dan tengok abang lagi. Cuma, Mungkin buat masani Nana tak nak jumpa abang dulu. Sorry, we meet next time." Nana tertunduk dan jantung pun dah over beat.  Terus kakinya berjalan dengan laju menuju ke arah Ezah yang menunggu dihujung titian. 

"Jomlah Ezah."  Dengan muka yang merah menahan air matanya dari jatuh ke pipinya.
"Dah lah na, kau janganlah nak nangis eh." Pujuk Ezah.
Dia tahu, Nana banyak pendam rasa yang Shah hanya buat tak tahu.  Selama ni anggapan Shah terhadap Nana cuma seperti adik sahaja.  Walaupun dah berkali Nana cuba untuk menyakinkan perasaannya terhadap Shah, namun Shah hanya menjawab,  "Nana, tu cuma mainan perasaan Nana je. Jangan lah nak layan sangat perasaan tu, k."  
Tak habis-habis tu lah jawabnya bila aku dah beritahu tentang perasaan yang karat ni.
Tapi tak apalah, semua tu dia masih tak faham.  Lupakan saja semua ini, so takkan sakit hati pun. Kan? So just Forget this!




****

"Na, tolong mak jap.  Kau pi hantar makanan ni kat rumah Pak Haji, mak dah janji tadi nak masak untuk Shah.  Biasalah orang baru balik kampung, liur nak makan masakkan kampung." Mak Itah bertukar tangan dengan Nana.


"Mak, Nana tak nak lah pi sana.  Panaslah cuaca hari ni."  Alasannya.


"Eh kau jangan nak bagi aku alasan tak munasabah na.  Tadi pagi pagi buta kau dah keluar rumah nak lepak kat jeti tak panas ye." Bebel Mak Itah.


"Mama...." 


"Dah dah, kau pi sekarang.  Petang ni jangan kau nak pi lepak ngan kawan kawan kau, Awas kau.  Lepas hantar makanan tu, terus balik, dengar?" 


Dush! Dah tak kasi aku lepak lagi.. Habislah aku, bosan tahap maksima lagi lah karang ni.  Apa eh plan aku lagi?


***


Confirm dia tak ada, harap harap lah Pak Haji yang bukak pintu ni.


"Assalamualaikum!"   Salam diberi sampai saja dia di depan rumah milik Haji Sani dengan tangan berisi membawa makanan.
"Assalamualaikum, Pak Haji.  Nana datang nak hantar makanan masakan kampung."


"Waalaikumsalam."  Suara dari belakangnya.


'Eh ada jawab pun, tapi apesal belum buka pintu Pak Haji ni. ' bisik hatinya. 


"Ehmm.. Pak Haji, Nana hantar makanan masakkan kampung ni." 


"Untuk siapa?"  Shah dari belakangnya bertanya.


'Eh jap! Suara tu macam....' Nana berpusing, 'OH MY GOD! 
 DiqdupdiqdupDiqdup!  Dush, laju lah pulak degupan jantung aku ni, kacaulah.
Huh... Relax, relax nana.'


"Untuk abang ke, masakkan kampung tu? Mak Itah masak tuk abang kan?"  Shah menghulurkan tangannya meminta ringkat makaknan dari tangan Nana.  "Sebab tadi abang ada cakap dengan Mak Itah yang abang rindu nak makan masakkan kampung, biasalah siapa lah nak masak lagi tuk abang, kan?"  Shah yang dah lama tak mempunyai ibu untuk melayan karenahnya dari kecil lagi, ibunya telah kembali kerahmatullah semasa umurnya 3 tahun lagi.  Ayah Shah yang menjaganya selama ni, Kerana ibunya adalah cinta pertama ayahnya jadi ayahnya tak nak cari pengganti.


"Ha'ah, mak yang masak tuk abang.  Abang tak payah lah nak cakap camtu, mak Nana kan ada, kalau abang nak makan apa je masakkan, insyaALLAH mak nana boleh masakkan.  Okay?" pujuk Nana, tak sanggup mendengar kisah silam ibu Shah.


"Terima kasih, susah-susah je Nana datang sini nak hantar makanan.  Jom lah jemput masuk rumah dulu, ayah mungkin tidur kat dalam sebab tu dia tak dengar salam Nana." pelawa Shah. "You can accompany me right?" Shah melihat muka Nana dengan gaya machonya.


"Err.. Lain kali je ya, mak dah pesan Nana suruh awal balik. Thanks bro. Assalamualaikum." tangannya melambai Shah dan terus melangkah pergi dengan jantung yang masih lagi berdegup kencang.




****







Didalam bilik Nana berlimpang sambil berangan-angan, emmm rindu nyer aku dengan dia.. Tapi dia tak mungkin untuk rindu aku. Huwaa! Sedihnya! 
Tak pe lah wahai Nana, semua ni belum di izinkan Tuhan.  Senyuman di bibir terukir, teringat kata Ezah, kalau ada jodoh takkan ke mana, kalau tak de jodoh pun mungkin akan dapat yang terbaik lagi.

Allahu akhbar Allahu akhbar....

Laungan Azan maghrib kedengaran dari masjid Pandan.  
Allah dah azan, aku belum lagi mandi huhu kena marahlah kalau mama tahu.  Hmm, takpe lah tunggu azan habis baru mandi then solat. Hehe!  Bahagia rasa Nana dah tahu Shah pujaan hatinya pulang ke kampung. Tersenyum sampai nak limpas telinga. Haha!


"Nana! Kau dah solat ke belum?!!" Mak itah dah mula berteriak kalah singa dalam zoo, tapi ni dalam rumah je. Kekeke sorry lah, mama saya ni walaupun teriak kalah singa tapi she's the sweetest mommy I Have in this world !


"Kejap lagi ma, Nana nak mandi dulu then baru solat. Nana tahu lah mama sayang." Nana menjawab laungan Mak Itah.


Selesai solat magrhib, kakinya laju melangkah ke ruang tamu untuk menolong Mak Itah memasak makanan malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan