Khamis, 9 Jun 2011

Hot Coffee Lovers!


***1***


Kakinya laju melangkah masuk ke dalam bangunan yang besar di tengah Bandar dengan senyuman manis.  Sampai di pintu syarikat idamannya, semakin lebar senyuman di bibirnya.  'Wah, bahagianye aku dapat masuk ke sini!' Bisik hati dengan girang.

Langkah kakinya terhenti di kaunter pertanyaan, "Selamat datang ke Syarikat Azra, ada apa-apa yang nak saya bantu?" tanya pekerja yang berkot merah dengan kaca mata ala-ala Yuhee the witch. 

"Err... Nama saya Adriana Arman, saya datang sini sebab nak jumpa boss sini untuk bertemu duga."  Senyuman manis di tunjukkan walau hatinya berdebar-debar untuk menghadiri temu duga dengan Syarikat besar (Syarikat Idamannya).

"Sekejap ye, five minutes." Pekerja berkot merah itu terus mengangkat telefon dan menekan nombor, dia cakap 'bla bla bla.........'
Mata yang galak macam Arabian liar melihat bangunan besar yang berdindingkan warna hitam putih.  'Kaya sangatlah orang yang punye Syarikat ni.' Bisik hatinya.  
Namun setelah lama berdiri di depan kaunter pertanyaan, dengan perasaan yang gelisah, bercampur baur dengan nervous, matanya sibuk mencari nama pekerja yang ala-ala Yuhee tu, tapi tak nampak tag nama dia. "Ehmm apa eh nama dia ni?  Esh! Lamanye dia ni berdating, cakap ngan orang atas ke boyfriend ni? Aku dah lenguh kaki berdiri dengan perasaan Nervous ni , tak tahu ke dia.  Cakap lima minit, sekarang dah lebih minit woi cik kak."  Ingin saja Adriana bersuara.  'Tapi tak boleh bersifat tak sabar Ad, ni adalah dugaan plus ni kan hari pertama temu duga di bangunan besar, kena sabar Ad, sabar.

'"Morning Rina, ada meeting tak hari ni? Or else?"  Suara lelaki garau dari belakangnya masuk ke telinga sebelah kanannya, Sempat Ad memasang telinga 'Oh, Rina nama dia.'  Ad berpusing ke sebelah kanan, ingin melihat gerangan tersebut.
Whoops!  Sejarak satu inci saja mukanya dari muka tuan yang bersuara tadi. Mata yang galak terbuka besar kerana terkejut, suhu badan dan muka pun meningkat ke seratus darjah terus mukanya merah mengalahkan api yang membara (konon je, taklah macam api yang membara sangat. Kot sama sangat terbakarlah si Adriana). Lelaki itu menoleh ke kiri, matanya menjeling tajam ke arah Ad.  'Wah tingginya dia ni tapi sombong. Ehmm sayang-sayang.' Matanya tertumpu ke arah lelaki tanpa berkelip-kelip.

"Awak ada masalah dengan saya?  Apa hal awak tengok saya macam tu? Dah jatuh cinta ke?" Lelaki yang tinggi itu bersuara dengan angkuhnya sambil menunujukkan senyuman sinisnya melintasi Ad yang tercenggang.  'Peraaaasaaaaan! Lelaki ni muka dia je okay, yang lain tak okay sebab tak tahu nak berbudi bahasa, esh peraassssaaaan lah! P.E.R.A.S.A.A.N.!!'  Mahu saja dia berteriak di telinga lelaki tu, geram sangat sampai merah muka Ad menahan marah dan malunya.  Matanya tak lepas menentang gelagat lelaki itu sehingga hilang tubuh lelaki tersebut dari matanya.

"Err...Excuse me cik Adriana, naik ke tingkat 15 untuk berjumpa dengan Manager kami di bilik conference, cik boleh naik dengan menggunakan lift atau tangga di sebelah kiri sana dan sampai je kat atas, cik jalan straight dan belok kanan, ada bilik conference, cik tunggu dalam sana je, okay?"  Suara yang di dengarnya terngiang-ngiang tapi semuanya dah masuk ke dalam otak yang masih berfungsi, Rina yang menunjukkan jalan menuju ke lift di sebelah kiri pun hairan melihat Adriana bermuka merah menuju ke arah lift dengan pantasnya tanpa memperdulikan explaination dari Rina.

'
***


Sampai di tingkat 15, laju kakinya berjalan mengikut arahan Rina tadi walaupun macam angin responnya terhadap Rina.  Kerana marah merasuki dirinya semuanya macam asap baginya. Sampai ke pintu yang tertera dengan "Conference Room" perlahan-lahan Ad membuka pintu, hilang rasa marahnya kerana perasaan takut dan nervousnya timbul lagi. Walaupun takut plus nervous, masih lagi sempat Ad berfikiran nakal, Ad melangkah masuk ke dalam bilik yang beruang besar itu dengan gaya model (konon) dan mengambil tempat duduk di depan sekali, tempat kerusi meja boss! 
Ad berangan-angan sambil memusing kerusi boss dengan bahagia. Tanpa sedar bunyi pintu terbuka, Ad masih lagi berpusing-pusing dengan sambil tersenyum sepuas hati.

"Ehem ehem!" kedengaran suara dari belakangnya.  Ad yang terkejut terus tersungkur dari kerusi kulit tu dan terjelopok di lantai. 'Alamak Mr.Boss ke tu? Aduh cemana ni Ad? Malunye!'  

***





"Er.. Err... Sorry Mr.Boss.  Saya angan-angan je tadi. Dah boleh mula interview." terketar-ketar suara Ad.

"Ehmm... Memang dah boleh mula, sila ambil tempat." Mr.Boss memberi respon separuh positive. 'Ehh.. Dia ni kan yang macam.....'

"Apa yang awak tunggu lagi? Cepat ambil tempat kalau nak mula, kalau tak nak boleh lah awak berdiri kat situ sampai habis interview, biar lenguh lagi kaki tu"

"Ye, ye Mr.Boss, saya minta maaf." tersengih-sengih Ad bergerak mencari tempat duduk.

"Balik-balik nak minta maaf." sinis semacam suara Mr.Boss.

"Saya minta maaf sangat Mr.Boss.  Saya tahu saya salah." Ad meminta maaf sekali lagi  dengan tangannya ala-ala "namaste" demi memujuk Mr.Boss garang, Takut tak diterima kerja disyarikat "idamannya".  Kalau tak dapat kerja di sini habislah aku kena marah oleh mak nanti.



***2***


“Terima kasih Boss, saya janji saya akan buat yang terbaik, saya janji saya tak akan berangan-angan macam tadi.” Ad dengan semangatnya sambil tangannya di angkat, gaya orang berikrar.

‘Dia ni nampak lurus bendul tapi lucu jugak gaya dia ni, tapi memang cute! Kena ragging dulu ni sebelum aku jadikan dia seorang isteri. HA HA HA!‘  bisik hati Durani.  Pertama kali terserempak dengan Adriana memang Durani sudah tahu debaran yang dirasakannya dari jantung yang berdegup kencang itu dapat merasakan bahawa Adriana seorang yang istimewa untuk dirinya, ‘Tulang rusuk aku kat dia kot!’ Getus hatinya.

“Ehmm.. Excuse me?”  Tegur Adriana melihat reaksi Mr.Boss seperti berfikir sesuatu yang serius.  “Mr.Boss ni fikir apa? Nak tukar fikiran ke? Tak nak saya jadi PA Mr.Boss ke? Atau menyesal nak pilih saya jadi PA? Atau fikirkan kerja yang patut saya buat atau…..”  tak sempat Adriana menghabiskan soalannya, sudah dia dapat arahan dari bossnya.

“Okay, awak dah boleh kerja mulai hari ni.  Starting today awak Adriana panggil saya Boss Durani, untuk pengetahuan awak, nama saya Durani Ahza.  I want you to stop asking me an annoy question and obey my instructions.  Awak faham, Adriana?”  Adriana terdiam sambil kepalanya terangguk-angguk.
“Sekarang awak turun ke bawah, jumpa Rina, minta kat dia surat kontrak dan bawa naik atas, terus isi surat tu di dalam bilik ni. Urus semua perkara ni dalam lima minit, dari sekarang!” suara Durani mengarah Adriana sambil matanya melihat jam dipergelangan tangannya.

Selepas mendengar arahan dari Boss Duraninya, Adriana terus berdiri menuju  ke pintu keluar, selamat keluar dari bilik conference laju kakinya berlari mencari pintu lif.  Durani hanya tersenyum lebar melihat gelagat Adriana.  Tak sangka dia mendapat seorang PA perempuan yang lurus bendul.

***
“Kak Rina, nak minta surat kontrak.” Adriana menghulurkan tangannya meminta surat kontrak dengan suaranya yang separuh nafas.

“Kenapa ni tergesa-gesa ni cik Adriana?  By the way, Tahniah awak dapat kerja hari ni jugak.  Ni surat kontrak ni selalunya saya yang hantar surat ni ke bilik atas, tapi Tuan Besar baru je call saya suruh readykan surat ni untuk beri kat awak. Ini dia surat kontrak kerja awak.”  Rina sudah menyediakan surat kontrak sebaik saja menerima panggilan dari Tuan Besar Syarikat dan di berikan kepada pekerja baru.

“Mr.Boss beri saya lima minit tuk siapkan kerja-kerja ni, so saya kena cepat dan naik atas untuk isi borang ni nanti dia tak terima saya kerja pulak.  Saya jumpa kak Rina masa break time okay?” Laju saja tuturnya macam di kejar anjing, dan menyambung berlari menuju ke lift.

Tiga minit dah berlalu! Adriana melihat jarum jam tangannya.  ‘Dush! First day kerja aku dah kena seksa oleh Mr.Boss garang ni.’

“Err.. Mr.Boss saya dah dapat surat kontrak, Mr.Boss bagilah saya masa lima minit lagi untuk isi borang ni, boleh kan? Saya letih lepas berlari tadi.” Adriana menunjukkan lima jarinya dengan senyuman yang menayang gigi (cara menarik hati dan melembutkan hati seseorang - ini adalah tips Adriana).

***






Tiada ulasan:

Catat Ulasan